DEFINASI KONSEP PATRIOTISME

“Patriotisme” didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap ‘tanah air’
 (Bahasa Latin-’patria’(Bahasa Greek –’patris ),oleh individu dan kumpulan –kumpulan. 
 Patriotisme meliputi sikap sikap seperti bangga akan percapaian dan budaya bangsa,
 Kehendak memelihara ciri ciri bangsa dan dasar budayanya dan identifikasi dengan ahli-
 Ahli dalam bangsa.Patriotisme berkait rapat dengan nasionalisme dan istilah –istilah ini. 
 Digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain.


LATAR BELAKANG PENGGUBALAN RUKUN NEGARA



  • Kedatangan Inggeris dan dasar-dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan telah menukar corak dan bentuk kehidupan masyarakat negara ini.
  • Dasar pecah perintah Inggeris juga telah memisahkan ketiga-tiga kaum yang terdapat di negara ini daripada bidang pendidikan.
  • Ketiga-tiga kaum ini tidak berpeluang untuk berinteraksi dan mengenali antara satu sama lain kerana dipisahkan melalui jurang pendidikan dan penempatan.
  • Keadaan ini berterusan sehingga negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
  • Rukun negara telah diisytiharkan dengan rasminya oleh Yang Di Pertuan Agong iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong V  Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'ad zam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah  pada 31Ogos 1970, iaitu semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-13.
  • Peristiwa 13.Mei.1969 telah membantu membentuk ideology rukun negara, peristiwa 13 Mei telah mengakibatkan keyakinan rakyat terhadap hubungan pelbagai kaum di Tanah Melayu terjejas.

SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA

Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13. Doktrin Rukun Negara diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ketika itu memikul tanggungjawab menjalankan pemerintahan negara apabila sistem kerajaan berparlimen digantung pada 16 Mei 1969 ekoran rusuhan kaum yang lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. MAGERAN yang diketuai oleh seorang Pengarah, ditubuhkan bagi memulihkan perpaduan yang semakin goyah pada masa itu iaitu perbalahan antara etnik yang pernah berlaku pada 1946, 1956 (di Pulau Pinang), 1960 (di Pangkor), 1966 (di Bukit Mertajam), 1967 (di Pulau Pinang) dan 13 Mei 1969 (di Kuala Lumpur). 

Rukun Negara adalah hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN). Bagi melicinkan pemerintahan negara di bawah MAGERAN yang dipimpin oleh Y.A.B Tun Abdul Razak, MAGERAN telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara.

OBJEKTIF PENGGUBALAN RUKUN NEGARA

Rukun negara telah digubal untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang madani yang demokratik,sainstifik, dan  progresif serta bersatu padu dan bersifat terbuka dan pelbagai cara hidup.     

  •  Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat 
  •  Memelihara cara hidup yang demokratik 
  •  Mencipta masyarakat yang adil supaya kemakmuran dapat dikecapi bersama 
  •  Membentuk satu liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya
  •  Membina masyarakat yang progresif dan menggunakan sains dan teknologi



PRINSIP RUKUN NEGARA

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progesif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; 



MAKA KAMI, rakyat Malaysia,berikut akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: 


• Kepercayaan kepada Tuhan
• Kesetiaan kepada Raja dan Negara 
• Keluhuran perlembagaan 
• Kedaulatan undang-undang 
• Kesopanan dan kesusilaan

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


A) Berpegang kepada ajaran boleh membantu seseorang daripada digodai nafsu dan menggelapkan diri daripada dosa sehingga terjebak kepada tingkah laku yang menyeleweng.

B) Ikatan agama, manusia mengetahui erti dosa dan pahala,bertimbangrasa dan bersyukur dan hidup dan suasana harmoni .

C) Prinsip ini menekankan perlunya seseorang itu mempunyai ikatan keagamaan, nilai keagamaan yang dianuti adalah untuk memandu fikiran, perbuatan dan pertuturan manusia supaya ianya selamat dan bermanfaat untuk orang lain.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

A)Bertujuan memupuk rasa sayang dan cinta kepada negaradi samping menghormati raja yang menjadi lambang kedaulatan dan tumpah setia.

B) Dengan asuhan setiap individu yang menjadi rakyat bertanggungjawab, patriotik, dan sanggup berkorban untuk negara.

- Sifat bertanggungjawab
- Patriotik dan berkorban
- Menyumbang kepada negara