LATAR BELAKANG PENGGUBALAN RUKUN NEGARA
- Kedatangan Inggeris dan dasar-dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan telah menukar corak dan bentuk kehidupan masyarakat negara ini.
- Dasar pecah perintah Inggeris juga telah memisahkan ketiga-tiga kaum yang terdapat di negara ini daripada bidang pendidikan.
- Ketiga-tiga kaum ini tidak berpeluang untuk berinteraksi dan mengenali antara satu sama lain kerana dipisahkan melalui jurang pendidikan dan penempatan.
- Keadaan ini berterusan sehingga negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
- Rukun negara telah diisytiharkan dengan rasminya oleh Yang Di Pertuan Agong iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong V Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'ad zam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah pada 31Ogos 1970, iaitu semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-13.
- Peristiwa 13.Mei.1969 telah membantu membentuk ideology rukun negara, peristiwa 13 Mei telah mengakibatkan keyakinan rakyat terhadap hubungan pelbagai kaum di Tanah Melayu terjejas.
Note: only a member of this blog may post a comment.